SEJARAH SEKOLAH

 


Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent atau nama ringkasnya SMK Tarcisian Convent, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Abdul Manap, Taman Lim.

Smk Tarcisian Convent Ipoh telah ditubuhkan pada tahun 1965 dengan tujuan untuk menampung murid-murid dari SK Tarcisian Convent dan sekolah-sekolah berhampiran seperti SK Guru Nanak.

Sekolah ini terletak dalam satu kawasan yang sama dengan SRK Tarcisian Convent. Sm Tarcisian Convent telah ditubuhkan atas daya usaha Rev Mother Pauline dan nama sekolah adalah sempena nama seorang paderi ketika itu iaitu Sister Tarcisius.

Pada mulanya pentadbiran sekolah ini diletakkan di bawah SM Convent di Jalan Sultan Idris Shah tetapi pada tahun 1967, pentadbiran sekolah ini telah dipisahkan daripada SM Convent sebagai sebuah sekolah yang beridentiti sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Aidilfitri 2021